>

Luv L!ke Th!s.... LoVeLy WorLd....

Assalamualaikum & Have A nice Day :)...

Thursday, 19 May 2011

~Rest Time & Movie Time~


Yeppp.... Exam pun da abs malam tadi, ('TITAS' the last paper).  Hurm,barang pun da awal2 packing, tinggal nak balik je nie .... Hak2.....  Hurm.... Ari nie ak kuar ngan.............  He2.. 2  pasal postpone balik sok, lau x ari nie g aku da balik.  G tngok wayang cite Pirate of  the Carribean On Stranger  Tides & Kongsi. Nak tngok Nur Kasih, tapi full gile kot at JM Cinema 2. Xde rezeki la .So balik nie ar tngok kt T.intan. Insyaallah. Tapi banyak betul movie 'coming soon la, ai.. xtertngok nie, tp mne la nak tau nanti... Cite hantu, syok gak huk2. Aku ngah tgu movie Harry Potter The Deathly Hallows part 2. Oh... Suke gile tgk movie Harry Potter. Xpe2.. Sabar2. Ha2..Suke2.. Esok aku balik Perak, yeah2... Tapi an,  dalam seminggu je duk umah. Hurm kene datang U balik, nak pergi BAKSIS at PERLIS. Ape BAkSIS? BAkti Siswa larh. Ha2... Ngan xcaye ye. So.. Xtau la peh nie ble nk on9, update blog ak nie. Lame la kot. Anggap aje la bercuti, xgitu? Cadang pas balik dri Johor. Maybe nak keje kot. Tapi.... Ntah2... Xtau lagi ar cam ne...Tengok la. lau aku rase rajin.. Mungkin,. Tapi lau duk umah saje, bosan gak kot. Iskh2... Ha.. Malam nie roomate aku, Miera pun da balik Terengganu, tinggal aku sorang2 nieh. Semalam da la susah nak tido, malam nie aku xtau la cam nie... So, ak on9 je la pai pkul bpe pun. Ha.....Ade sikit lagi nak kemas nie.. Jap2 ag la. Ok lah.. That All... Enjoy ur Life but Dun Lupe Ibadah ye... hA2... HAve a Nice DAy..
P/s: Saje nak Share Sinopsis filem2 nie... He2... :)

Sinopsis PIRATES OF THE CARIBBEAN: ON STRANGER TIDES
Anggelica yang dilakonkan olehkan oleh Penelope Cruz merupakan kisah masa lalu jack Sparrow . Angelica memanfaatkan Jack untuk mendapatkan apa yang ia inginkan dan berjaya menyakinkan Jack Sparrow untuk membantunya mencari legenda mata air yang konon boleh membuat orang tak bertambah tua sedikit pun dan kekal hidup abadi. Jack yang pada mulanya berasa ragu-ragu  akhirnya bersedia juga berangkat bersama Angelica untuk mencari mata air ini. Tetapi, masalah Jack bukan hanya Angelica saja. Angelica adalah anak kepada Blackbeard (Ian McShane), musuh besar Jack Sparrow. Saat perjalanan bermula, Jack semakin tak pasti. Ia tak lagi tahu siapa yang sebenarnya lebih berbahaya, Blackbeard atau Angelica. Sayangnya perjalanan sudah bermula dan tak mungkin Captain Jack Sparrow mundur dari perjalanan penuh risiko ini. Turut muncul ialah Kapten Barbossa dan Sepanyol yang turut sama mencari mata air tersebut. Berhasilkah mereka menemukan mata air legendaris itu? Dan mampukah Jack Sparrow kembali dengan selamat kali ini?

Sinopsis Filem KONGSI
Filem KONGSI adalah sebuah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan. ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu. ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.Selain itu, Beberapa adegan lucu yang dipaparkan dalam trailer Kongsi, kebanyakannya mempertontonkan Sam Shaheizy memainkan watak sebagai ahli kongsi yang terlampau berani.

Sinopsis Nur Kasih The Movie
Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment